Kepentingan Halaqah Tarbawiyah


Keberadaan halaqah sangat penting untuk keberadaan umat Islam itu sendiri. Dengan terbentuknya pekerja-pekerja Islami melalui sistem pendidikan halaqah, maka di dalam tubuh umat akan lahir manusia yang senantiasa berdakwah kepada kebenaran. Jika jumlah mereka semakin ramai seiring dengan merebaknya sistem halaqah, maka umat Islam akan menjadi ‘sebenar-benarnya umat’. Bukan lagi sekadar bernama ‘umat Islam’ tapi kehadirannya jauh dari nilai-nilai Islam seperti yang kita saksikan saat ini.
Dengan merebaknya sistem pendidikan halaqah, proses pembentukan umat yang Islami (takwinul ummah) akan mengalami perkembangan, hingga InsyaAllah umat yang benar-benar Islami akan menjadi kenyataan. Hal ini akan terserlah pada kehidupan manusia secara menyeluruh yang lebih berpihak pada nilai-nilai kebenaran dan keadilan.
Merebaknya halaqah juga bermanfaat bagi pengembangan peribadi (self development) para pesertanya. Halaqah yang berlangsung secara rutin dengan peserta yang tetap biasanya berlangsung dengan semangat kebersamaan (ukhuwwah Islamiyah). Peserta juga akan belajar bukan hanya tentang nilai-nilai Islam, tapi juga belajar untuk bekerjasama, saling memimpin dan dipimpin, belajar disiplin terhadap aturan yang mereka buat bersama, belajar berdiskusi, menyampaikan idea, belajar mengambil keputusan dan juga belajar berkomunikasi. Semua itu sangat penting bagi kematangan peribadi seseorang untuk mencapai tujuan hidupnya, iaitu berjaya di dunia dan akhirat.
Umat Islam akan mengalami kerugian yang besar jika sistem halaqah tidak berkembang dan tidak berjalan. Hal ini kerana halaqah merupakan pendekatan efektif untuk melahirkan pekerja-pekerja Islam yang teguh pendiriannya dan siap berkorban memperjuangkan Islam. Bahkan, mungkin dapat disebut,jika sistem halaqah tumpul dan mandul, maka umat akan mengalami situasi “lost generation” (kehilangan generasi pewaris) yang berkarakter Islami.
Pentingnya mempertahankan sistem halaqah dalam mencetak pewaris pekerja-pekerja Islam yang komited sudah teruji dalam perjalanan panjang kehadiran halaqah di pelbagai negara. Apalagi sehingga saat ini para mufakir (pemikir) da’wah juga belum dapat menemukan sistem alternatif lain yang sama efektifnya dalam mencetak kader Islam yang komited seperti yang telah dihasilkan melalui sistem halaqah. Bahkan yang terjadi sebaliknya, kini semakin banyak para da’i dan ulama yang mendukung tarbiyah mela!ui sistem halaqah.
Sebahagian dari mereka bahkan menulis buku yang menganalisa kekuataan dan keupayaan sistem halaqah/usrah dalam mencetak pewaris pekerja Islam. Antaranya termasuklah menganalisanya dari sisi syar’i, sejarah dan sunnah Rasul, Salah seorang pemikir da’wah, Dr. Ali Abdul Halim Mahmud, mengemukan pendapatnya tentang sistem halaqah:
“Tarbiyah melalui sistem halaqah merupakan tarbiyah yang sesungguhnya dan tidak tergantikan, ini kerana halaqah menjadikan masyarakat yang terwarnai oleh nilai-nilai Islam, berhukumkan kepada syariat Allah dalam segala urusannya, dan dipimpin oleh sistem Islam dalam setiap persoalannya. Semakin besar jumlah sumber daya manusia berkualiti yang dapat dilahirkan dalam masyarakat melalui sistem halaqah, maka dengan peranan mereka secara aktif dalam menunaikan tugas dakah Islam yang dibebankan kepadanya dengan baik dan ikhlas serta diringi dengan kesedaran bahawa mereka diawasi oleh Allah swt., maka akan semakin memotivasikan masyarakat untuk melangkah maju, menuju peradaban yang tinggi dalam pelbagai aspek kehidupan. Seandainya halaqah terabai, bererti ia cacat dan sempit wawasan dalam pembinaan tamadun manusia.”

Apakah anda sudah berada dalam halaqah tarbawiyah?

Share this post :

+ komentar + 1 komentar

8 Januari 2016 pukul 05.24

Alhamdulillah, telah berada dalam lingkaran Cinta Tarbiyah. Halaqah begitu penting dalam kehidupan ini. Begitu banyak manfaat yang telah dirasakan, ukhuwah itu begitu luar biasa. Semoga istiqomah Dan banyak mencetak generasi Muda islami yang berakhlak, cerdas Dan bertanggung jawab. Jazakumullah khairan untuk postingannya, sangat bermanfaat.

Posting Komentar

FanPage

Entri Populer

Message

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. PKS online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger